Oh! Artis

“Suami Pun Bukan Budak Lagi” – Isteri Shuk Sahar Dedah Diugut ‘Farah’ Lagi

Published on

Rasanya ramai yang mengetahui mengenai kisah rumah tangga selebriti Shuk Sahar yang pernah bergolak seketika kerana kemunculan orang ketiga.

BACA: “Saya Jatuh Terduduk..” – Hilang Pendapatan, Shuk Sahar Janji Tidak Akan Curang Lagi

Sepertinya sudah tiada badai yang melanda, netizen dikejutkan dengan pendedahan isteri Shuk, Rossalennah Natassyiah Asshaferah mengenai ugutan yang dibuat oleh wanita yang sama mengganggu perkahwinan mereka dahulu iaitu Farah.

Daripada tangkapan skrin tersebut dapat dilihat Farah sepertinya marah kerana percubaan untuk menghubungi pasangan itu gagal.

Malah wanita itu bertindak tidak terkawal apabila menghantar gambar pisau tajam kepada pasangan itu bagi tujuan mengugut.

Dalam pada itu, Rosaalennah sempat menitipkan pesanan kepada Farah dan meminta wanita itu supaya menerima keluarganya jika mahu bermadu.

“Apa salahnya terima saya dan anak-anak saya? Saya dah izinkan ya, suami saya pun bukan budak lagi.”

Daripada penjelasan isteri Shuk ini, sepertinya keluarga Farah yang tidak mengizinkan perhubungan di antaranya dengan lelaki itu.

Sama-sama kita tunggu penjelasan lanjut daripada mereka nanti.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Exit mobile version