Connect with us

Oh! Media

“Stesen TV Berhak Tarik Gelaran Da’i Dan Pencetus Ummah Bermasalah”- Amin Idris

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Oh! Artis

“Stesen TV Berhak Tarik Gelaran Da’i Dan Pencetus Ummah Bermasalah”- Amin Idris

Pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris, memberi pandangan mengenai isu pendakwah selebriti yang lahir daripada program televisyen, khususnya gelaran Da’i dan Pencetus Ummah.

Stesen TV berhak tarik gelaran…

Amin berpendapat bahawa stesen televisyen berhak memutuskan sama ada ingin menarik semula gelaran Da’i atau Pencetus Ummah yang bermasalah. Menurutnya, keputusan itu terletak di bawah bidang kuasa stesen TV yang melahirkan gelaran tersebut.

Kita perlu semak dulu, adakah gelaran ini satu bentuk pengiktirafan ilmu yang perlu ditarik semula. Jika perlu, stesen televisyen bertanggungjawab untuk menarik gelaran tersebut atau sekurang-kurangnya membuat kenyataan rasmi. Tanggungjawab ini bukan pada organisasi agama atau pendidikan.- Jelas Amin.

Tak semua agamawan bermasalah…

Amin juga berharap masyarakat tidak terus menyalahkan semua individu bergelar Da’i dan Pencetus Ummah akibat kontroversi yang melibatkan beberapa individu sahaja.

IKLAN

Saya harap, masyarakat tidak pukul rata semua Da’i atau Pencetus Ummah sebagai bermasalah hanya kerana satu atau dua kes. Seperti pepatah, ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.- Tambahnya.

Kontroversi ini timbul selepas Da’i Syed atau Syed Iqmal Syed Mohd Syaiful, 29, dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam atas kesalahan merogol seorang wanita di sebuah kondominium lima tahun lalu.

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Utusan Online


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas