Connect with us

Oh! Media

Sokong Kempen Bendera Putih, Sharnaaz Ahmad Bantu 400 Keluarga Memerlukan

Cover Photo Om 1200 X 675 11

Oh! Artis

Sokong Kempen Bendera Putih, Sharnaaz Ahmad Bantu 400 Keluarga Memerlukan

Kempen bendera putih yang menjadi tular baru-baru ini seakan memberi harapan kepada orang memerlukan untuk meneruskan hidup. Bukan sahaja mendapat sokongan daripada orang sekeliling, rakan artis turut dilihat tampil menghulurkan bantuan.

BACA: ‘Ambil Jika Perlu, Beri Jika Mampu’ – Ini Senarai Lokasi Food Bank Di Stesen Minyak Shell

Terbaru, Sharnaaz Ahmad menerusi perkongsian di Instagram memaklumkan akan membantu 400 keluarga sempena kempen bendera putih tersebut. Menurutnya, dana yang dikumpul adalah hasil derma para pengikut yang baik hati.

IKLAN

Bersama perkongsian tersebut, Sharnaaz mencari sukarelawan untuk mengambil dan mengagihkan bantuan kepada keluarga memerlukan.

Berlaku jujur dengan para penderma, Sharnaaz menunjukkan bukti duit sumbangan dan jumlah pembelian yang dilakukannya pada hari itu. Antara barangan asas yang dibeli adalah susu tepung, lampin pakai buang, beras, gula dan biskut.

Terdahulu, Sharnaaz bersama pasukannya telah menghulurkan 100 bungkus makanan kepada masyarakat yang terlebih dahulu memberi nama. Mereka turut menerima sumbangan 100kg ikan kembung daripada pembekal seafood runner.

Kredit: Sharnaaz Ahmad

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas