Oh! Artis

“Setiap Manusia Melakukan Kesalahan” – Adik Janna Nick Kata Netizen Tidak Tahu Hal Sebenar

Published on

Baru-baru ini, tanpa diduga Janna Nick telah pun terpalit dengan satu lagi kontroversi berkaitan sebuah video yang berlaku pada tahun 2018.

Walaupun sudah hampir 3 tahun berlalu, namun klip dia tertawa apabila Sharifah Sakinah menyebut mengenai kematian idola K-Pop iaitu Jonghyun (SHINee) kembali tular di serata media sosial.

Malah, Janna turut dikatakan tidak menghormati Lisa BLACKPINK apabila dia turut dihentam apabila salah satu komennya mengenai watak dalam filem arahannya “Delen” yang seolah-oleh menghina idola tersebut kerana menggelarkannya sebagai Lisa ‘BLACKPIG’.

Sudah pun membuat laporan polis bagi menjejaki individu yang memulakan fitnah ini, pelakon dan pengarah itu kini dilihat senyap dan tida memberikan komen lajut mengenai isu ini

BACA: ‘Segala Screenshot Telah Diambil’ – Dihentam Teruk Peminat K-pop, Janna Nick Report Polis

Terbaru, adik Janna yang dikenali sebagai Kissya Nick telah pun memuat naik satu klip pendek dek aplikasi TikTok miliknya. Meskipun tidak berkata panjang namun dia menyatakan bahawa dia hanya memerhatikan orang lain membuat tohmahan mengenai kakaknya tanpa mengetahui hal sebenar.

@kissyanicki mean yall dont know the truth… so yall in danger #jannanick #fyp? presleywalker – PresleyWalker

Selepas memuat naik klip tersebut, Kissya kemudiannya dibanjiri dengan komen yang memerli perbuatan Janna selain meminta pelakon itu supaya memberikan penjelasan lanjut.

Tak lama kemudian, Kissya memberikan penjelasan lanjut mengenai video yang dimuat naik olehnya itu. Katanya, ia adalah sekadar eksperimen sosial untuk melihat reaski orang ramai.

Setiap manusia melakukan kesalahan, hanya Tuhan yang boleh menghukumi perbuatan dan apa yang ada dalam hati kita. Apa kata kita jadikan ianya sebagai pengajaran dan berlalu pergi.

Mengenai kebenaran yang dikatakan gadis itu sebelum ini, dia menjelaskan bahawa dia tidak dapat mendedahkannya memandangkan ia adalah amanah. Malah dia meminta semua supaya memandang kejadian ini daripada sudut positif.

Awak semua cakap kita kena hormati satu sama lain kan? Jadi, apa kata kita semua mulakannya?

Hmmm…

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Exit mobile version