Penyanyi serta aktivis kemanusiaan popular, Faizal Tahir telah mendapat pujian ramai baru-baru ini kerana membantu seorang individu lelaki memeluk Islam.
BACA: Bersyukur Dikurnia Anak Istimewa, Perkongsian Faizal Tahir Sentuh Hati Netizen
Satu video pendek telah dimuat naik di Instagram memaparkan situasi Faizal sedang berusaha mengajar individu tersebut dalam mengucap dua khalimah syahadah.
Kagum dengan usaha
Individu lelaki tersebut mengakui bahawa dirinya memeluk Islam atas dasar kerelaan hati. Usaha Faizal Tahir dalam membantu mualaf tersebut mendapat pujian ramai termasuk rakan-rakan artis dan warganet.
Alhamdulillah, semoga usaha yang dilakukan oleh Faizal dapat dikekalkan.
Kredit: Instagram
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media