Oh! Artis

Selepas 4 Tahun, Shuib Sedia Berundur Sebagai Duta KK Mart Jika Didapati Bersalah

Published on

Susulan isu stoking tertera kalimah Allah yang dijual di KK Mart baru-baru ini, duta KK Mart iaitu Shuib akhirnya bersuara berkenaan isu tersebut.

BACA: Shuib Sebagai Duta Kk Mart Akhirnya Tampil Bersuara Isu Jual Stokin Kalimah ‘Allah’

Selepas 4 tahun dilantik sebagai duta KK Mart, pelawak itu tidak teragak-teragak untuk berundur daripada terus menjadi duta jika kedai serbaneka itu didapati bersalah.

Walaupun kilang di Batu Pahat yang mengedarkan stoking tersebut sudah ditarik lesennya, umat Islam di negara tetap meneruskan kempen untuk boikot KK Mart.

Selain itu, 80 laporan polis telah dibuat di seluruh negara berkenaan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di premis tersebut.

Kesimpulannya, adakah korang rasa tindakan memboikot premis itu akan menyelesaikan segala masalah? Apa-apa pun sebagai umat Islam kita harus mempertahankan agama kita jika dihina.

Kredit: Shuib Sepahtu

+ Baca respon pembaca Facebook dan Telegram di Oh! Media

Exit mobile version