Connect with us

Oh! Media

Selamat Asrin Cipta Sejarah Sebagai Artis Autism Pertama Di Malaysia

Ohmedia selamat Asrin

Oh! Artis

Selamat Asrin Cipta Sejarah Sebagai Artis Autism Pertama Di Malaysia

Selamat Asrin, artis autism pertama Malaysia, hasilkan album dan jual habis dalam 10 minit.

Sejak sekian lama berdiri di jalanan Kuala Lumpur dengan alat muzik di tangan, ramai tak tahu Selamat Asrin bukan calang-calang busker. Nama dia mungkin tak begitu popular di arus perdana, tapi dalam dunia busking, dia adalah satu fenomena.

Apa yang lebih unik, Selamat merupakan seorang individu autistik yang menjadikan muzik sebagai bahasa ekspresinya. Sekarang, dia telah mencipta satu sejarah baharu dalam industri muzik Malaysia.

Selamat Asrin bukan sekadar busker biasa

Selamat atau lebih dikenali sebagai Mattu Mercury bukanlah wajah baru dalam dunia muzik. Sejak 1983 lagi dia dah mula busking dan dilahirkan pada tahun 1968. Tapi apa yang buat dia lain daripada yang lain, dia cipta muzik dengan mulut sendiri, bukan sekadar main alat muzik.

IKLAN

Korang mungkin pernah dengar ayat viral ni, “Banyakla cekadak kau dan suara sampai bilik air,”
kata Selamat, yang sering bersiaran langsung di TikTok dan Facebook bersama Zainal Rashid Ahmad.

Turut dapat sokongan sahabat lama, Tuan ZRA Strim

Zainal Rashid, bekas wartawan dan pengasas ZRA Strim, adalah rakan Selamat sejak lebih 30 tahun lepas. Bukan setakat berkawan, Zainal jugalah yang banyak menyokong perjalanan muzik Selamat selama ini.

Tak cukup dengan itu, Ammal Bellamy yang juga Naib Juara AF 2016 dan gitaris kumpulan The ExAct, turut bantu Selamat hasilkan album rakaman pertamanya.

Baru-baru ini, pelancaran album Selamat di TGSK Ampang menjadi detik penting dalam hidupnya. Bukan sekadar pelancaran, tapi ia juga menandakan pengiktirafan rasmi terhadap Selamat sebagai artis autism pertama di Malaysia.

Lebih membanggakan, 100 unit album fizikal yang diterbitkan habis dijual dalam masa kurang 10 minit. Perjalanan Selamat dari jalanan ke pentas bukan sesuatu yang mudah. Tapi dia buktikan yang autism bukan halangan untuk berjaya dalam bidang seni. Muzik jadi nadi hidupnya, dan semangat dia memang luar biasa.

Pssttt! Ohmedia salute semangat Selamat ni. Korang kalau ada minat atau bakat, jangan takut untuk kejar impian. Kadang-kadang jalan kita mungkin tak biasa, tapi hasilnya luar biasa!

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas