Terbaru, Beto Kusyairy mengesahkan dirinya juga tidak akan menyertai rombongan produksi ke Indonesia kerana sudah terikat dengan komitmen lain.
Memetik laporan Boom, Beto memang mendapat jemputan ke sana namun komitmen tidak mengizinkan.
Namun saya berharap filem kita mendapat sambutan di sana, tambahan pula Mat Kilau turut dibintangi oleh pelakon Indonesia iaitu Yayan Ruhian.
Ketika ditanya mengenai konflik yang tercetus di antara syarikat produksi dan beberapa pelakon Mat Kilau, Beto berkata tidak seharusnya dikeruhkan lagi perkara yang sudah keruh.
Seharusnya kita menjernihkan kembali segala kekeruhan yang berlaku sebab industri kita tidak besar. Pusing-pusing kita akan jumpa orang yang sama.
Pelakon hebat yang memegang watak sebagai Wahid ini berharap ada penyelesaian yang baik di antara kedua-dua pihak.
Filem epik Melayu Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mencetuskan fenomena apabila berjaya mengutip sehingga RM90juta selama satu bulan tayangan di pawagam seluruh Malaysia. Lebih mengujakan apabila filem itu bakal ditayangkan di Netflix pada September.