Dalam perbualan itu, Ruhainies ada memetik nama Emma Maembong dan Chacha yang dipercayai berkawan rapat dengannya.
Namun, Emma tampil menafikan dakwaan mengutuk Bella Astillah. Jelasnya, dia hanya bertanyakan Ruhainies sama ada gosip mengenai Bella Astillah adalah benar.
Penjelasan yang dibuat pelakon ini bagaimanapun tidak diterima orang ramai. Netizen mengutuk Emma yang dikatakan berpihak kepada penyondol.
Difahamkan, Emma telah menghubungi Bella untuk meminta maaf di atas salah faham yang berlaku. Pelakon ini mengakui silap apabila sibuk mencampuri urusan rumah tangga orang lain.