Connect with us

Oh! Media

“Sekali Lagi Saya Digugurkan” – Rita Rudaini Dakwa Diri Didiskriminasi

Rita Rudaini Vaksin

Oh! Artis

“Sekali Lagi Saya Digugurkan” – Rita Rudaini Dakwa Diri Didiskriminasi

Selepas namanya digugurkan dari drama yang mempunyai 100 episode, Rita Rudaini mendakwa terdapat sebuah lagi produksi drama telah membatalkan penglibatannya semata-mata mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

BACA: Rita Rudaini Dakwa Difitnah, Tak Kisah Nama Digugurkan Dari Berlakon

Menurut pelakon itu lagi, dia merasakan vaksin ataupun tidak, kedua-duanya sama sahaja kerana sebelum adanya vaksin jika hendak pergi ke tempat kerja, mereka hanya perlu membuat ujian calitan walaupun belum divaksin dan boleh bekerja seperti biasa.

IKLAN

Sama sahaja SOP sebelum sampainya vaksin ini. Semua patuh SOP kena swab test dulu sebelum kerja. Jadi apa bezanya sekarang? Jangkit? Pembawa? Bukan ke vaksin pun boleh jadi pembawa, apa bezanya?

Tambahnya lagi, ada juga pihak yang menawar untuk menjual sijil vaksin palsu namun dia menolak kerana Rita berpendapat mahu mencari rezeki dari saluran yang halal.

Dalam hantaran seterusnya, pelakon yang cukup popular dengan lakonannya dalam Mami Jarum itu berkata dia tidak pernah berkira jika hendak mempromosikan drama lakonannya sebelum ini.

Kenapa masa promosi tiada diskriminasi? Jangan berkira..

Ig Story Rita Rudaini

Terdahulu, nama Rita menjadi perbualan netizen apabila dia mengaku enggan menerima vaksin dan turut menyebarkan beberapa hantaran di media sosial mengenai ketidak-percayaannya kepada suntikan pelali itu.

Kredit: Instagram Rita Rudaini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas