
Oh! Artis
Sebak! Fattah Amin Mahu Diingati Sebagai Muslim Yang Baik, Ikhlas Kongsi Pesanan Terakhir
Pelakon terkenal, Fattah Amin, sekali lagi menjadi buah mulut netizen apabila sesi podcast Borak Dulu Baru Kamu yang dihoskan oleh Ubai MZ, kembali tular.
Dalam episod tersebut, Fattah berkongsi secara jujur mengenai impiannya untuk diingati sebagai seorang Muslim yang baik dan taat kepada perintah Allah.
Saya Mahu Orang Kenali Saya Sebagai Muslim Yang Baik.- Kata Fattah Amin.
Dalam sesi tersebut, Fattah menjawab dengan tenang ketika ditanya mengenai bagaimana dia ingin diingati andai kata suatu hari nanti dirinya sudah tiada lagi di dunia ini.
Soalan yang sangat deep, bagi saya tugas sebagai seorang selebriti, artis, pempengaruh ni kita nak mempengaruhi orang atau peminat kita itu untuk jadi lebih baik.
Sudah tentu kita pun mahu jadi terbaik, jadi saya nak orang kenali saya secara umum sebagai seorang Muslim yang baik, taat pada perintah Allah itu yang pertama.
Seorang insan, seorang bapa yang menyayangi isteri, anak, seorang artis yang memberi contoh tauladan yang baik kepada semua peminat.
Sebagai contoh, macam Alif Satar buat. Itu adalah satu usaha yang sangat baik dan bagus. Bila dia buat itu semua orang nak ikut. Saya memang salute Alif Satar.- Ujarnya sambil menahan sebak.
Kisah penceraian Fattah Amin dan Fazura…
Namun begitu, di sebalik perbualan penuh emosi ini, ada berita kurang enak yang menyelubungi kehidupan peribadi Fattah.
Selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan selebriti popular, Fazura dan Fattah, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pada pukul 9.45 pagi, Isnin yang lalu.
Difahamkan, Fattah melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh.
Kronologi perkahwinan Fattah dan Fazura…
Untuk info, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia empat tahun.
#OhmediaNasihat
Ohmedia faham, perjalanan hidup setiap manusia tidak selalu mudah dan ada cabaran tersendiri. Buat korang yang sedang melalui kesukaran, jangan pernah putus asa.
Jadilah insan yang baik, taat kepada perintah Allah, dan terus memberikan contoh yang positif kepada orang sekeliling, sebagaimana Fattah Amin inginkan. Sesungguhnya, kebaikan itu akan sentiasa dikenang.
