Connect with us

Oh! Media

“Scammer Duit Saya Dah Nak Kahwin” – Kim Seri Diperli Mangsa Hutang

Ohmedia kim seri agensi pelancongan

Oh! Artis

“Scammer Duit Saya Dah Nak Kahwin” – Kim Seri Diperli Mangsa Hutang

Nampaknya masih belum selesai tentang kes melibatkan pempengaruh media sosial yang kini menetap di Korea, Kim Seri. Baru-baru ni dia mencuri perhatian ramai selepas memberi bayangan bahawa bakal berkahwin dengan jejaka Korea pilihan hatinya.

Menerusi hantaran Instagram Story, Kim Seri berkongsi gambarnya bersama lelaki tersebut dan turut meminta cadangan hashtag daripada pengikut bagi persiapan hari bahagianya nanti.

Dia turut menegaskan bahawa mereka berdua saling mengenali secara matang serta bukanlah pasangan yang curang.

IKLAN

Saya tak menggatal dengan laki orang. Dia bujang dan saya pun bukan milik sesiapa. We are dating to marry, doakan.- Tulisnya.

Img 4316

Namun di sebalik kisah cinta indah itu, muncul seorang individu mendakwa sebagai mangsa penipuan Kim Seri melibatkan pakej pelancongan, yang mendakwa masih belum menerima bayaran balik wangnya.

Scammer duit saya dah nak kahwin tapi hutang dia belum bayar balik 1 sen pun. Duit tu dia dapat hasil dari menipu saya. So dia kena bayar balik walau macam mana pun.- Luah individu itu dengan penuh rasa kecewa.

Lebih menyentuh hati, individu berkenaan turut menegaskan bahawa walaupun ajal menjemputnya dahulu, hutang itu tetap perlu dibayar kepada warisnya.

Selagi dia tak bayar saya tak halalkan 1 sen pun sampai akhirat nanti. Bahagianya hidup seorang scammer yang menipu duit orang berjuta-juta.- Katanya lagi.

Setakat ini, Kim Seri masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi berhubung tuduhan tersebut. Tumpuan kini tertumpu kepada sama ada dia akan tampil memberi penjelasan lanjut mengenai dakwaan yang kembali timbul ini.

Kredit: Threads
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas