11 Januari merupakan tarikh ulang tahun kelahiran bagi penyanyi no 1 Malaysia iaitu Datuk Siti Nurhaliza.
BACA: “Saya Bagi RM100, Alhamdulillah Esok Tu Dapat RM100,000”- Datuk Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Sedekah
Baru-baru ini, Datuk Siti atau lebih dikenali sebagai TokTi telah memuat naik satu video memaparkan anak-anak di Gaza turut menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-44 tahun. Wow, bestnya!
Tadika Afwa Al Aafiyah
Video pendek itu memperlihatkan anak-anak yang belajar di Tadika Afwa Al Aafiyah sedang menyanyi sambil bertepuk tangan sebelum upacara memotong kek. Ruang tadika itu juga dihiasi dengan gambar TokTi sekeluarga.
Alhamdullillah. Anak-anak saya di Gaza meraikan hari lahir saya. Seramai lebih kurang 60 orang anak-anak ini, yang belajar di sekolah atau tadika Afwa Al Aafiyah. Sayunya hati saya. Ya Allah lindungilah mereka semua di sana. Amin.
Sebagai info, Tokti memaklumkan tadika tersebut diuruskan oleh suaminya bersama juga seorang sahabat yang menetap di sana.
Kredit: Instagram
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media