Syada Amzah, adik kepada penyanyi terkenal Shila Amzah memilih untuk berdiam diri dan tidak mengeruhkan lagi keadaan
Sebelum ini dia terlibat dalam kontroversi yang melibatkan keluarganya dan masih menerima kecaman daripada netizen.
Sejujurnya saya lebih tenang sekarang in dan fokus kepada hal lain seperti rumah, uruskan kucing dan sibuk promosi lagu baharu… perkara itu membuatkan saya tiada masa bersedih dan nak fikir masalah.
Alhamdulilah semuanya baik dan ibu pun baik sahaja… cuma saya nak kena jaga emosinya akan terganggu nanti dan saya la yang perlu berikan sokongan padanya.
Sewaktu ditanyakan adakah hubungan dia bersama dengan kakak iaitu Shila Amzah sudah reda, sebaliknya Syada menyerahkan segala kepada Allah SWT.
Keadaan sekarang tak panas tak sejuk… saya yakin satu hari nanti kami akan berjumpa percayalah kalau jumpa tak akan ada tarik rambut pun.
Sebenarnya kami daripada dulu pun memang jarang berhubung kecuali perkara penting saja. Kami sekeluarga memang tak ada famili group (Whatsapp).
Terdahulu, konflik keluarga Shila Amzah ini tercetus apabila penyanyi itu memutuskan untuk menjual kediaman miliknya dihuni oleh ibu, dan bersama tiga adik-beradik lain.