
Oh! Artis
“Saya Menang Kes Saman Fitnah Ya Allah” – Puteri Sarah
Puteri Sarah menang kes saman fitnah terhadap bekas pekerjanya. Mahkamah arah bayaran RM150,000 dan kos perbicaraan.
Selepas setahun berjuang, akhirnya Puteri Sarah menang dalam kes saman fitnah terhadap bekas pekerjanya, Nazatul Nazira.
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengarahkan Nazatul membayar RM150,000 sebagai ganti rugi kerana menyebarkan fitnah yang mencemarkan reputasi selebriti itu. Puteri Sarah sebak dan meluahkan rasa syukur selepas keputusan diumumkan.
Ya Allah menang, alhamdulillah, terima kasih semua yang sentiasa mendoakan saya. Saya berasa sangat lega dan bersyukur dengan kemenangan ini kerana membabitkan maruah saya, ‘bisnes partner’ (rakan kongsi) dan bisnes saya sekarang.
Dia turut berkongsi betapa lega dan bersyukurnya kerana maruah, bisnes serta rakan kongsinya akhirnya terbela.
Puteri Sarah lega, dakwaan tak masuk akal…

Antara dakwaan yang dilemparkan oleh Nazatul termasuklah menuduh Puteri Sarah ambil dadah, sombong, menindas pekerja, dan menyara seorang lelaki bernama Andy.
Disebabkan tuduhan itu, Puteri Sarah menuntut ganti rugi berjumlah RM1 juta di mahkamah. Mahkamah bukan saja arahkan bayaran RM150,000 kepada Puteri Sarah, tapi juga RM30,000 kos perbicaraan dan faedah lima peratus setahun hingga selesai dibayar.
Saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada semua peminat dan ahli keluarga serta orang terdekat yang sentiasa di sisi dan tidak pernah lupa berdoa untuk saya, sepanjang kes ini.
Pssttt! Zaman sekarang, satu kenyataan palsu boleh rosakkan seluruh hidup seseorang. Puteri Sarah dah buktikan, jangan takut pertahan diri bila dizalimi. Fitnah bukan mainan. Kalau tak pasti, diam lebih baik daripada sesal.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
