Connect with us

Oh! Media

“Saya Mahu Tuntut Keadilan” – Shuib Terkilan Lihat Pekerjanya Dilanggar Lari

Oh! Artis

“Saya Mahu Tuntut Keadilan” – Shuib Terkilan Lihat Pekerjanya Dilanggar Lari

Sebelum ini kecoh apabila pekerja kepada pelawak dan ahli perniagaan, Shuib Sepahtu mengalami kecederaan parah selepas motosikal ditunggangnya dilanggar lari oleh sebuah kenderaan Perodua Myvi berwarna hijau baru-baru ini.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira bin Muhamad, 36, memaklumkan bahawa dia sedia mengambil tindakan lanjut terhadap individu yang bertanggungjawab melanggar lari pekerjanya, Muhammad Afiq, dalam kejadian di Muar, Johor.

Tambahnya lagi, pihaknya akan menuntut keadilan untuk Muhammad Afiq yang mengalami kecederaan parah termasuklah jari patah, retak tulang peha dan kulit muka terkoyak selepas kejadian.

Setakat ini, pesalah berkenaan masih belum ditemui namun, butiran lanjut suspek sudah ada dalam tangan polis untuk menjejak individu yang melanggar pemuda yang merupakan kakitangan syarikat perniagaan minuman Shuib, Bubblebee di cawangan Muar.

Luluh hati saya apabila mendapat perkhabaran mengenai kemalangan itu, dia baru kerja sebulan. Saya lebih terkilan apabila individu yang melanggar lari Muhammad Afiq melarikan diri.

Kalau dapat jejak individu berkenaan, kami akan ambil tindakan lanjut menerusi peguam syarikat.

Walauapapun, kami serahkan saja kepada pihak polis kerana yakin mereka akan berjaya menjejakinya. Saya cuma mahu keadilan bagi pihak Muhammad Afiq dan individu berkenaan perlu bertanggungjawab.

Menurut Shuib, Muhammad Afiq sedang dalam proses pemulihan dan boleh memakan masa selama enam bulan. Tetapi Shuib mengakui tiada masalah dengan perkara itu dan bersedia untuk menunggunya untuk kembali bekerja selain turut menghulurkan bantuan kepada pekerjanya itu.

Kredit: Harian Metro, Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas