Connect with us

Oh! Media

“Saya Kumpulkan Kru Dan Pelakon Agar Tak Keluar” – Michael Ang

michael ang

Oh! Artis

“Saya Kumpulkan Kru Dan Pelakon Agar Tak Keluar” – Michael Ang

Michael Ang yang merupakan seorang pengarah dan penerbit terkenal di Malaysia sentiasa mengambil berat akan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan di set penggambaran.

ADVERTISEMENT

BACA: Michael Ang Beri Bayangan Boleh Rentas Negeri Hujung Bulan Ini

Michael juga tidak suka dan melarang penggunaan barang terlarang dalam kalangan pelakon mahupun kru di set penggambarannya.

Mengelak penularan wabak

michael ang

Michael Ang, atau lebih mesra dipanggil Mike, menegaskan bahawa pematuhan kepada SOP sangat penting bagi mengelakkan penularan Covid-19 berlaku dalam kalangan pelakon dan kru produksi.

Kami ikut SOP yang ditentukan, lakukan ujian Covid-19 dan pakai pelitup muka. Kami kena sentiasa berjaga-jaga.

Saya akan tempatkan kru dan pelakon di satu lokasi dan kumpulkan mereka sekali agar mereka tidak keluar ke mana-mana. Konsep gelembung penggambaran itu memang kami patuhi sepenuhnya.

Michael bukan sahaja menitik beratkan tentang pematuhan SOP, namun Michael juga tidak suka akan penggunaan barangan terlarang di set penggambaran.

Mike berkata, dia akan sentiasa pastikan mereka yang datang ke set penggambaran tidak membawa barangan terlarang seperti dadah.

Saya pantang kalau ada yang ambil dadah di set penggambaran. Saya tak mahu tahu apa yang mereka buat di luar tetapi apabila mereka berada di set penggambaran, saya pastikan mereka tidak membawa atau menggunakan bahan-bahan itu semua.

Kalau ada yang ditangkap, bukan mereka sahaja, malah satu produksi akan terkesan. Periuk nasi semua orang akan terganggu.

Michael Ang juga bersetuju untuk melakukan ujian air kencing di set penggambaran. Namun katanya, semua itu memerlukan kos yang tinggi. Katanya juga, pihak stesen penyiaran perlu cari jalan penyelesaian mengenai hal ini kerana takut jika ada perkara yang tidak diingini berlaku di set.

Perkara seperti ini tidak boleh diambil mudah, takut akan datang ada yang tersilap langkah dan memusnahkan seluruh nama produksi. Semoga masalah penggunaan barang terlarang dapat diselesaikan dengan cepat dan semoga semua kru produksi dan pelakon sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas