Oh! Artis
Ruhainies Cuba Jadi Vlogger, Video Pertama Dapat Tanda ‘Like’ Dari Aliff Aziz
Meskipun dihimpit kontroversi ditangkap khalwat bersama suami orang, pelakon Ruhainies dilihat tidak hanya mengurung diri di dalam rumah.
Pelakon ini muncul menghadiri pelbagai acara termasuk sambutan rumah terbuka hari raya aidilfitri.
BACA: Ruhainies Akhirnya Putuskan Hubungan Dengan Aliff Aziz
Terbaru, Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah (NRF) mencuba hobi baru iaitu menjadi seorang vlogger.
Dalam satu hantaran di Instagram, pelakon ini merakam dirinya sedang mencuba satu produk penjagaan rambut baru.
Ini sekaligus menjawab dakwaan kononnya Ruhainies memerli individu lain apabila bertanyakan produk yang bagus untuk mengatasi rambut kejung.

Apa yang menarik perhatian adalah video pertama itu mendapat tanda ‘like’ daripada Aliff Aziz tidak lama selepas ianya dimuat naik.

Kata Ruhainies, dia masih baru dalam bidang ini dan meminta orang ramai memberi tunjuk ajar jika ada kekurangan.

Pelakon ini mengaku untuk video pertama angle kamera terlalu dekat dengan muka dan dia akan menambah baik perkara itu pada masa akan datang.
Kredit: Instagram Ruhainies
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Dulu Tak Suka Dunia Hiburan, Kini David Teo Penerbit Di Sebalik Lebih 100 Filem | Oh! Podcast Ep22
OH! MEDIA 21/01/2026 6:54 PM