Pendakwah bebas kontroversi, Ebit Lew kini berada di tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah Haji. Bagaimanapun, kecoh sekarang ni tentang Ebit menjadi punca pihak penganjur sebuah acara jualan rugi puluhan ribu ringgit.
Perkara ini dibangkitkan oleh Roslan Shah di mana Ebit sebelum ini didakwa bersetuju untuk hadir ke acara tersebut yang diadakan di Singapura bermula esok. Bagaimanapun, pihak pengurusan terkejut melihat Ebit yang berada di tanah suci dan mendakwa tidak dimaklumkan.
Ebit Lew pergi haji saat akhir dan penganjur rugi RM34,600…
Katanya, Ebit ke sana di saat-saat akhir dan terpaksa membatalkan penglibatan untuk acara minggu ini. Apa yang buat saya kesal, mereka tidak maklumkan kepada saya sehingga pihak penganjur sendiri yang beritahu selepas melihat perkongsian Ebit yang sudah berada di Mekah.
Roslan turut berkongsi perbualan WhatsApp bersama Ebit yang begitu bersemangat untuk hadir ke program terbabit. Pihak penganjur The Wedding Affair juga dikatakan terpaksa menanggung kerugian hampir RM34,600 selepas sudahpun menjalankan promosi iklan dan tempahan hotel untuk Ebit.
IKLAN
Sekarang ni saya pula yang kena menjawab. Saya hanya bantu selebriti untuk dapatkan tempat berniaga tetapi bila berlaku begini nama saya jadi buruk.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
M. HafizalKetua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.