Oh! Artis

Rita Rudaini Dakwa Difitnah, Tak Kisah Nama Digugurkan Dari Berlakon

Published on

Pelakon terkenal, Rita Rudaini menerusi hantaran di Instagram Story mendakwa telah difitnah rakan industri yang menuduhnya menjalani penggambaran sedangkan belum menerima suntikan vaksin Covid-19.

BACA: ‘Sebelum Ini Boleh Saja Komen Di IG Saya’ – Digelar Antivaksin, Rita Rudaini Jawab Tuduhan

Dalam hantaran itu, Rita menjelaskan dia sedang berada di rumah sahaja dan tidak ke mana-mana. Setiap hari dia meluangkan masa menjaga tanaman, memasak dan mengemas rumah.

Malah, pelakon filem Mami Jarum Junior ini turut berpesan supaya rakan-rakan industri percaya dengan rezeki yang sudah ditetapkan Allah SWT.

Katanya, setiap orang sudah ditetapkan rezeki masing-masing. Dia sendiri tidak kisah sekiranya nama digugurkan dalam drama 100 episod.

Tambah Rita atau nama sebenarnya, Rita Rudaini Mokhtar, tuduhan tidak berasas yang dibuat rakan industri telah menyebabkan namanya menjadi kecoh dan mengundang fitnah besar.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version