Oh! Artis
Rindu Nak Peluk Eda Ezrin Selepas 9 Bulan Di Thailand
Eda Ezrin dibebaskan selepas 9 bulan ditahan di Thailand. Kepulangan disambut penuh emosi.
Bayangkan korang tak dapat peluk anak selama sembilan bulan, hanya mampu dengar suara dia beberapa minit je setiap kali lawatan penjara. Sedih, kan? Itulah yang dilalui oleh Wan Ismail Wan Yusuf, bapa kepada penyanyi dikir barat, Eda Ezrin.
Tapi hari ni, segala rindu tu terubat bila Eda akhirnya dibebaskan dari Penjara Pusat Wilayah Narathiwat di Thailand dan pulang ke pangkuan keluarga. Tak tunggu lama, Wan Ismail terus gerak dari Kota Bharu ke Rantau Panjang untuk sambut anak sulung kesayangannya.
Saya tidak sangka selepas sembilan bulan akhirnya hari ini saya dapat bertemu dengan Eda Ezrin dan memeluknya bagi melepaskan kerinduan. Hari ini adalah seperti mimpi buat kami sekeluarga apabila kami akhirnya dapat berjumpa dengan Eda Ezrin dan memeluknya selepas sekian lama.
Sebelum ini, sepanjang Eda Ezrin berada di penjara, kami hanya bercakap melalui telefon sahaja untuk beberapa minit setiap kali mengadakan lawatan di penjara berkenaan.- Katanya.
Itu kata Wan Ismail yang jelas begitu terharu. Bayangkan rasa lega dan syukur tu bila akhirnya dapat peluk anak yang selama ni hanya mampu didengar suara je.
Eda Ezrin dibebaskan sebab tak cukup bukti dan saksi…
Untuk korang yang terlepas cerita, Eda Ezrin sebelum ni ditahan bersama suami dan empat rakan lain sejak Januari lalu selepas didakwa memiliki 6,059 pil Yaba dan penggunaan dadah.
Bagaimanapun, Mahkamah Wilayah Narathiwat pada 6 Mac lalu telah membebaskan kesemua mereka daripada pertuduhan tersebut.
Dan semalam, media melaporkan bahawa pembebasan Eda dan yang lain dimuktamadkan selepas pihak pendakwa raya Thailand gagal mengemukakan saksi dan bukti untuk merayu kes berkenaan.
Pssttt! Dalam hidup ni, bukan semua benda berlaku macam yang kita rancang. Kadang-kadang, ujian datang dalam bentuk yang langsung kita tak jangka. Kita doakan sahaja yang baik-baik buat Eda Ezrin sekeluarga.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.


Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM