Connect with us

Oh! Media

Ramai Sebak Lihat Mutawwif Layan Anak-Anak Puteri Sarah Liyana Di Mekah

puteri sarah

Oh! Artis

Ramai Sebak Lihat Mutawwif Layan Anak-Anak Puteri Sarah Liyana Di Mekah

Sejak berangkat menunaikan umrah, rata-rata peminat ternanti-nantikan perkongsian terkini daripada Puteri Sarah Liyana dan anak-anak sepanjang di Tanah Suci Mekah.

ADVERTISEMENT

BACA: Datin Patimah Dan Dr Fadzilah Kamsah Sedih Lihat Puteri Sarah Dan Anak Bawa Diri Ke Padang Pasir

puteri sarah

Antara video yang menarik perhatian adalah apabila Sarah berkongsi saat-saat indah ketika bersama dua orang anaknya, Syaikhul dan Sumayyah ketika meniziarahi banyak tempat.

Sedih lihat anak-anak tanpa seorang ayah di sisi…

Seperti yang ramai ketahui, Syamsul Yusof tidak bersama-sama Sarah dan dua anak mereka untuk umrah kali ini dan ia menimbulkan rasa sedih netizen.

Apatah lagi, video dikongsi Sarah menunjukkan Syaikhul dan Sumyyah ditemani kru mutawwif dan jemaah umrah lain yang melayani mereka berdua sepanjang berada di sana.

Ramai netizen meluahkan rasa sebak melihat mereka ke sana tanpa ayah dan berkata Syaikhul dan Sumayyah nampak seperti sangat merindui kehadiran seorang bapa di sisi.

Sebelum ini, Sarah turut memaklumkan di Instagram tentang kesihatan anaknya, Syaikhul yang demam sebaik mereka tiba di Madinah dan disusuli pula dengan Sumayyah selepas itu.

Rata-ratanya mendoakan urusan Sarah dipermudah ketika berada di sana dan terus kuat melalui ujian dalam rumah tangganya ketika ini.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas