Connect with us

Oh! Media

“Ramai Hadapi Tekanan” – Datin Umie Aida Tak Setuju FFM31 Diteruskan

Oh! Artis

“Ramai Hadapi Tekanan” – Datin Umie Aida Tak Setuju FFM31 Diteruskan

Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) merupakan sebuah majlis berprestij yang disampaikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk memberikan anugerah kepada filem-filem terbaik pada tahun 2019. Acara tersebut yang sepatutnya berlangsung pada tahun 2020 terpaksa ditunda berikutan pandemik yang melanda negara kita.

ADVERTISEMENT

Namun, terdapat beberapa selebriti tempatan yang menggesa agar FFM31 tidak dilangsungkan oleh sebab kesusahan yang dihadapi semasa musim pandemik ini walaupun pihak Finas menegaskan akan meneruskan penganjuran secara virtual.

Perkara itu turut mendapat perhatian daripada pelakon tanah air, Datin Seri Umie Aida yang berpendapat FFM31 yang dirancang pada Oktober depan adalah tidak wajar diteruskan.

Pemenang dua kali dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di FFM itu turut menyarankan agar dana yang diperuntukkan untuk menganjurkan FFM31 itu disalurkan kepada anak seni dan kru yang lebih memerlukan.

Tak wajar FFM31 dibuat buat masa sekarang sebab ramai penggiat seni dalam industri perfileman yang menghadapi kesusahan.

Jadi, apabila tiba-tiba nak buat FFM, rasanya wajar kalau kos yang ada diagihkan kepada golongan belakang tabir seperti kru atau pelakon yang memerlukan bantuan.

Banyak manfaat yang diperoleh jika wang yang ada itu diagihkan dan banyak orang yang boleh dibantu.

Umie turut menambah, sekiranya pihak FINAS tetap ingin meneruskan FFM, ia adalah tetap tidak wajar buat masa sekarang.

Kalau nak buat juga, bagi saya ia tetap tak wajar. Sepatutnya tengok dulu orang sekeliling kita dan dalam konteks industri ini adalah anak seni.

berdasarkan laporan Harian Metro baru-baru ini, Finas menegaskan akan meneruskan penganjuran FFM31 biarpun wujud kempen yang mana ingin memboikot acara itu selain turut berkata FFM31 akan dibuat secara Hibrid atau virtual sepenuhnya berdasarkan kenyataan daripada pengerusi Finas, Zakaria Abdul Hamid.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas