Connect with us

Oh! Media

Ramai Cuba Nasib Jadi Menantu Dr Zulkifli Selepas Lihat Ketampanan Anak Lelaki

Dr zulkifli anak ohmedia

Oh! Artis

Ramai Cuba Nasib Jadi Menantu Dr Zulkifli Selepas Lihat Ketampanan Anak Lelaki

Bekas Menteri Agama dan juga Mufti Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sekali lagi mencuri tumpuan. Namun, kali ini agak menarik sebab bukan Dr Zul yang orang pandang tapi ketampanan anak lelakinya yang membuatkan ramai terkejut.

Ia bermula sebaik sahaja Dr Zul berkongsi mengenai kejayaan anak lelakinya yang berangkat ke Universiti Jordan bagi tujuan menyambung pelajaran dalam bidang fiqh dan Usul Fiqh.

Difahamkan, anak lelaki Dr Zul itu dikenali sebagai Abdul Syakur berjaya memperoleh 7A+ 1A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

IKLAN
Dr Zulkifli

Anakanda Abdul Syakur telah pun melangkah ke fasa baharu kehidupannya. Abah dan mak berbangga dengan kejayaanmu yang cemerlang dalam SPM (7A+ 1A) di Pondok Moden Al-‘Abaqirah MAIWP.

Semoga permusafiran ilmu ke Universiti Jordan dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh, membuka 1001 ruang untuk anakanda melangkah lebih jauh ke hadapan.

Image 36

Menjengah ke ruangan komen hantaran itu, ramai yang memuji dan mengucapkan tahniah kepada Syakur dan keluarga Dr Zul di atas kejayaannya itu.

Namun dalam banyak-banyak ucapan tahniah, ada juga yang ‘menyelit’ mencuba nasib untuk menjadi menantu Dr Zul dek kerana kekacakan Syakur.

Image 34

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas