Connect with us

Oh! Media

Puteri Sarah Akhirnya Dedah Identiti Lelaki Di Instagram Tempoh Hari

Puteri sarah ohmedia

Oh! Artis

Puteri Sarah Akhirnya Dedah Identiti Lelaki Di Instagram Tempoh Hari

Sebelum ini, pelakon Puteri Sarah menimbulkan tanda tanya selepas berkongsi gambar bersama seorang lelaki di Instagram. Rata-rata merasakan itu adalah teman lelaki Puteri Sarah.

Sedar dengan gosip-gosip yang bertebaran dalam kalangan peminat itu, Puteri Sarah akhirnya mendedahkan siapakah sebenarnya lelaki di Instagram itu.

BACA: Puteri Sarah Hantar Surat Saman Kepada Bekas Kakak Ipar Ira Kazar

IKLAN
Image 6

Kata Puteri Sarah, lelaki berkenaan adalah pelakon Indonesia, Andi Arsyil Rahman, 36, yang juga merupakan seorang ahli perniagaan.

Puteri Sarah akui sedang bekerjasama jalankan perniagaan…

Namanya Andi Asyil dan dia adalah pelakon Indonesia yang juga seorang ahli perniagaan. Jadi sekarang kami bekerjasama menjalankan perniagaan produk penjagaan kulit dan tudung.

Buat masa ini, kami berhubungan baik untuk sama-sama memberi fokus terhadap perniagaanya. Kebetulan, kami juga memang ada minat yang sama.

Mengenai status Andi pula, Puteri Sarah memberitahu bahawa dia masih bujang dan sebagai wanita, dia tidak akan sesekali berkawan rapat dengan kepunyaan orang.

Takkan saya nak kacau orang punya. Mestilah dia masih bujang.

Apapun, kita doakan yang baik-baik buat Puteri Sarah agar dihadirkan seorang lelaki yang boleh menjaga dan membimbing hingga akhir hayat.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas