Connect with us

Oh! Media

“Pure Talent, Vokal Mantap”- Kumpulan Rock Indie Korea, The Rose Hibur Lebih 3000 Peminat Malaysia

Oh! Artis

“Pure Talent, Vokal Mantap”- Kumpulan Rock Indie Korea, The Rose Hibur Lebih 3000 Peminat Malaysia

Selalu kalau sebut artis Korea, automatik akan terbayang para idola (idol) daripada kumpulan pop lelaki atau wanita yang menyanyi sambil menari.

ADVERTISEMENT

Tapi Korea sebenarnya ada je banyak ‘hidden gems’ dalam dunia muzik ni dan salah satunya ialah kumpulan Rock Indie The Rose.

Black Rose Malaysia Teruja Walaupun Umum ‘Last Minutes’

Pada penghujung tahun lalu The Rose menerusi agensinya, Transparent Art mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan jelajah Asia/Eropah The Rose Dawn To Dusk Tour 2024. Walaupun pilihan lokasi Malaysia diumumkan saat akhir, nampaknya peminat tempatan (Black Rose) sememangnya menantikan kehadiran mereka.

Lo-Fi Entertaiment selaku penganjur tempatan yang bertanggungjawab menguruskan kedatangan band rock indie ini ke Malaysia harus diberikan pujian kerana memainkan peranan penting memastikan konsert berjalan lancar dan terkawal.

The Rose Persembah 21 Lagu Tanpa Henti Dengan Energy Yang Wow!!

Dengan pengalaman mengikuti beberapa konsert tempatan dan antarabangsa, persembahan The Rose boleh dikatakan hebat kerana mereka menyampaikan persembahan yang penuh bertenaga selama hampir 2 jam konsert berlangsung.

Kredit: Lo-Fi Entertainment
Kredit: Lo-Fi Entertainment

The Rose yang terdiri daripada 4 orang ahli iaitu Woosung (vokal dan gitar), Dojoon (vokal dan multi-instruments), Hajoon (bass) dan Jaehyong (drum) membawakan 21 lagu dengan pembukaan Eclispe, You’re Beautiful, Shit, Lifeline, Red, Nauseous, Back To Me, Yes, ILY, Time, Beauty and The Beast, Angle, Definition of Ugly is, Take Me Down, Alive, Sorry, Cure, She’s In The Rain, Sour, Cosmo dan Wonder.

Kebanyakkan lagu yang dibawakan adalah dalam bahasa Inggeris, hanya beberapa lagu mempunyai campuran Bahasa Korea dan Inggeris. Paling menarik, kesemua ahli boleh menyanyi dengan baik termasuk gitaris dan pemain dram.

@nmz2505 Back to me- The Rose #therose #theroseinKL #backtome ♬ original sound – -nottherealme-

Lagu Back To Me sememangnya dinantikan peminat kerana lagu ini agak tular di TikTok, menyaksikan persembahan secara langsung semalam kami hanya mampu kata WOW!

@nmz2505 She's in the rain- The Rose #therose #theroseinKL ♬ original sound – -nottherealme-

Kami secara peribadi memilih lagu She’s In The Rain, melodi serta kesan khas yang digunakan membuatkan lagu yang dinyanyikan terasa lebih sedih.

7 Tahun Dalam Industri, The Rose Hargai Sokongan Padu Black Rose

Kredit: Lo-Fi Entertainment

Menutup tirai persembahan mereka, The Rose sempat membaling bunga mawar kepada peminat bertuah dan mereka menyampaikan ucapan terima kasih atas sokongan yang diberikan selama ini.

Untunglah~~~

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas