Connect with us

Oh! Media

“Punca Semua Ni Adalah Nafsu” – Caprice Ulas Isu Ustaz Durjana Didakwa Rog*l Budak

Oh! Artis

“Punca Semua Ni Adalah Nafsu” – Caprice Ulas Isu Ustaz Durjana Didakwa Rog*l Budak

Penyanyi rap Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli tampil meluahkan rasa bengang susulan isu melibatkan seorang penceramah bebas yang didakwa dengan 9 pertuduhan merogol remaja bawah umur termasuk amang seksual.

ADVERTISEMENT

BACA: Penceramah Bebas Beristeri Tiga Mengaku Tak Bersalah Atas 9 Pertuduhan Rogol Remaja

Dalam perkongsian video di Instagram, Caprice berkata, penceramah itu sebenarnya boleh buat pilihan di antara tiga isteri yang ada tetapi dia tewas dengan keinginan hawa nafsu.

Bro, hang ada tiga isteri maksudnya hang boleh je pilih coklat, vanila dan strawberi. Tetapi hang masih nak pi cari oren. Punca semua ni adalah nafsu.

Katanya, nafsu adalah musuh ketat manusia disebabkan itu umat Islam digalakkan berpuasa. Sebagai manusia, kita hendaklah belajar untuk mengawal dan melawan nafsu supaya perkara tak diingini dapat dielakkan.

Dalam pada itu, Caprice juga sempat menunjukkan bukti screenshot mesej di mana para pengikutnya mahu dia membuat siasatan mengenai kes tersebut.

Pergh apabila penceramah bebas yang korang tak kenal atau tak famous buat hal punya la laju yang komen, yang DM minta Caprice tolong siasat.

Tapi apabila penceramah famous yang korang suka buat hal no Caprice this is aib. Malaysian listen kita punya kiblat tak pernah ubah suai, salah tetap salah bodoh.

Caprice merasakan orang ramai berat sebelah apabila kes ini tak dikaitkan dengan aib. Sedangkan ketika dia buka mulut mengenai penceramah terkenal dulu, dia dikecam sengaja buka aib.

Kredit: Instagram Caprice

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas