Connect with us

Oh! Media

Polis Buru YouTuber Kongsi Cara Curi Masuk Sunway Lagoon Tanpa Perlu Bayar Tiket

Ohmedia sunway

Oh! Artis

Polis Buru YouTuber Kongsi Cara Curi Masuk Sunway Lagoon Tanpa Perlu Bayar Tiket

Pihak polis sedang memburu tiga lelaki tempatan disyaki mencuri masuk ke dalam kawasan pusat rekreasi Sunway Lagoon dan memuat naik rakaman video perbuatan mereka di halaman Youtube.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, kejadian itu hanya disedari seorang pekerja taman tema tersebut selepas menemui klip video berkenaan pada Jumaat selepas dimuat naik.

Menerusi video tersebut, YouTuber berkenaan telah menceritakan bagaimana dua daripada mereka berjaya menyelinap masuk ke dalam kawasan taman tema tersebut secara percuma.

IKLAN
Sunway Lagoon

Mereka menceroboh masuk dengan cara melompat dari dinding pintu surfbeach terus ke dalam kolam taman tema.

Menurut laporan Sinar Harian, mereka telah memperdaya pekerja taman tema dengan mengatakan tertinggal telefon bimbit di dalam taman tema lalu dibenarkan masuk dan terus tidak dapat dikesan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh kawasan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam pada itu, pihak polis menggesa orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi talian 03-56210343.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas