Connect with us

Oh! Media

Polis Buru Dua Rakan Didakwa Aniaya Penyanyi Eda Ezrin Sampai Masuk Penjara 9 Bulan!

Eda Ezrin

Oh! Artis

Polis Buru Dua Rakan Didakwa Aniaya Penyanyi Eda Ezrin Sampai Masuk Penjara 9 Bulan!

Polis Kelantan masih giat memburu dua rakan yang didakwa menganiaya penyanyi dikir barat moden, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, bersama suami dan rakannya, berhubung kes dadah tahun lalu.

Menurut laporan Harian Metro, pihak polis kini sedang menjejaki seorang lelaki dan seorang wanita yang dipercayai terbabit dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Polis sudah pergi banyak kali ke rumah mereka, tetapi kedua-duanya tidak ada di sini. Setakat ini belum ada petunjuk baharu mengenai kes ini.

Eda Ezrin dakwa dianiaya rakan sendiri

Eda Ezrin Dadah

Siasatan awal mendapati, keterangan diberikan Eda Ezrin, suami dan rakannya adalah konsisten dengan dakwaan bahawa mereka telah dianiaya oleh dua individu terbabit.

IKLAN

Terdahulu, Eda Ezrin, suami dan seorang rakan telah dibebaskan daripada kes dadah pada 6 Ogos lalu selepas pihak polis menilai keterangan mereka.

Pssttt! Dalam hidup ini, tak semua orang yang rapat dengan kita boleh dipercayai sepenuhnya. Hati-hati memilih rakan kerana salah pilih, hidup boleh hancur.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas