Connect with us

Oh! Media

Misteri Kematian Isteri Ridz Okumura, Polis Ambil 6 Ubat Untuk Siasatan

Ohmedia ridzokumura

Oh! Artis

Misteri Kematian Isteri Ridz Okumura, Polis Ambil 6 Ubat Untuk Siasatan

Polis kini giat menjalankan siasatan berhubung kematian Akiko Okumura, isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridz Okumura, yang ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya, Jumaat lalu.

Dalam perkembangan terbaru, polis telah ambil enam jenis ubat dari kediaman pasangan itu bagi membantu siasatan.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pihaknya sedang menyiasat pelbagai aspek, termasuk sama ada mangsa mempunyai sejarah masalah kesihatan mental atau sedang menjalani rawatan tertentu.

IKLAN

Polis periksa ubat-ubatan dari Jepun…

Image

Menurut Datuk Hussein, beberapa jenis ubat yang dirampas dipercayai berasal dari Jepun dan polis kini mendapatkan bantuan kedutaan Jepun untuk mengenal pasti kegunaannya.

Ada beberapa ubat dalam bentuk pil yang kita rampas daripada rumah itu yang dipercayai dari Jepun.

Kita akan dapatkan bantuan pihak kedutaan untuk kenal pasti apa ubat-ubat yang dia ambil, yang mungkin ada kaitan dengan insiden ini.- Katanya.

Selain itu, Jabatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut akan membantu menyemak bahan serta fungsi ubat-ubatan tersebut. Jika perlu, pihak polis tidak menolak kemungkinan untuk mendapatkan maklumat tambahan daripada pihak berkuasa Jepun.

Siasatan masih berjalan, keterangan enam individu diambil…

Image

Sehingga kini, polis telah merakam keterangan enam individu, termasuk suami mangsa, anaknya, serta beberapa saksi lain yang berada di lokasi kejadian.

Empat lagi individu yang dirakam keterangan adalah kakitangan hospital yang menjalankan bedah siasat serta saksi awam yang ada di tempat kejadian semasa mayat mangsa ditemui.- Jelas Datuk Hussein.

Walaupun kes ini masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) kerana tiada unsur jenayah dikesan setakat ini, polis tetap menjalankan siasatan dari semua sudut, termasuk aspek kriminologi.

Jenazah Akiko telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, pada Sabtu lalu.

Ohmedia ridzokumura

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas