Konflik rumahtangga antara Shuk Sahar dan isterinya, Rossa Sera kembali diceritakan apabila Shuk dilihat hadir ke mahkamah.
Dalam satu hantaran di TikTok, Shuk memuatnaik video dengan kapsyen sedih bahawa mereka berdua sudah tiada jodoh.
BACA: “Aku Bukan Jodohnya” – Shuk Sahar Rakam Momen Ke Mahkamah, Lagu Bikin Sedih
Terbaru, Rossa Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah turut dilihat menitipkan pesanan buat suaminya itu. Dia mendoakan semoga mereka berdua kuat dan dapat meneruskan hidup masing-masing selepas ini.
Dalam hantaran itu, Rossa Sera turut menyertakan mesej daripada suaminya yang merayu supaya mereka kembali berbaik.
Thank you. Saya akan selalu doakan dan support awak!! Kerja kuat-kuat untuk anak-anak kita ok? Please kuat dan kita sama-sama move on.
Sambil memegang jambangan bunga, ibu kepada dua anak ini berpesan supaya Shuk menjaga diri dengan baik.
Wah, siapa yang bagi bunga tu? Semoga urusan kedua-duanya dipermudahkan. Amin.
Kredit: TikTok Rossa.Sera
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.