Connect with us

Oh! Media

“Pintu Hati Belum Terbuka Buat Masa Ini, Saya Bahagia Dengan Kehidupan Sekarang” – Ramlah Ram

Oh! Artis

“Pintu Hati Belum Terbuka Buat Masa Ini, Saya Bahagia Dengan Kehidupan Sekarang” – Ramlah Ram

“Saya tak serik pun nak berkahwin lagi, tapi buat masa ini belum terbuka hati. Saya pun gembira dan bahagia dengan kehidupan sekarang”.

Itulah jawapan yang diberikan oleh Ramlah Ram, 56, penyanyi popular era 1980-an ketika ditanya berkenaan hasratnya untuk berkahwin lagi.

ADVERTISEMENT

Walaupun sudah 11 tahun hidup bersendirian, penyanyi yang popular dengan lagu Selamat Jalan Romeo dan Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu itu pernah mendirikan rumah tangga dengan penerbit di RTM, Kamal Roslim pada tahun 2000 sebelum bercerai pada tahun 2010.

“Entahlah nak cakap macam mana. Ada saja kawan yang tanya saya soal kahwin ini. Mereka tanya tak teringin ke nak kahwin lagi? Saya pun sebenarnya tak fikir, tapi kalau ada jodoh saya terima. Jika tak ada pun tak apa.

“Apapun, saya tak dinafikan ada juga rakan seusia saya berkahwin lagi kerana mahu berteman dan itu pilihan mereka serta ada jodohnya. Tapi, untuk saya alhamdulillah gembira dengan apa yang Allah berikan setakat ini.

“Setiap orang ada cara gembira dan bahagia masing-masing. Saya sangat bersyukur dengan perjalanan kehidupan sekarang. Alhamdulillah, saya tak rasa sunyi,” katanya.

Ramlah mengesahkan bahawa setakat ini dia tidak berkenalan dengan mana-mana lelaki dan jikalau ada pun hanya atas dasar urusan kerja.

Ramlah juga menjelaskan dia sentiasa positif dan selesa apabila berbicara soal jodoh dan tiada apa yang membuatnya tidak selesa apabila bersembang tentang perkara ini.

“Kalau media tak tanya, ada juga rakan saya yang lain bertanya. Ia soalan biasa dan saya okay sahaja untuk menjawabnya. Lagipun, jawapannya saya belum nak kahwin dan biar Allah tentukan.

“Bagi saya, perancangan Allah itu sangat terbaik dan saya ikut saja apa yang sudah diaturkan takdir hidup ini. Sesungguh-Nya Allah sangat mengetahui hamba-Nya dan teruskan bersujud serta berdoa kepada-Nya,” katanya.

Ramlah yang sudah pun 36 tahun sebagai penyanyi berkata, dia berasa syukur dan gembira kerana masih dapat bertahan hingga ke hari ini.

Baru-baru ini, Ramlah menulis lagu terbarunya berjudul Kemenangan, hasil ciptaan Mohar dengan genre irama tradisional Melayu.

Kredit : HarianMetro

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas