Connect with us

Oh! Media

Pernikahan Kali Ke-3 Pelawak Terkenal Gagal Lagi, Isteri Fail Cerai Selepas Kantoi Curang

Daus mini pelawak indonesia bercerai ohmedia

Oh! Artis

Pernikahan Kali Ke-3 Pelawak Terkenal Gagal Lagi, Isteri Fail Cerai Selepas Kantoi Curang

Pernikahan kali ketiga pelawak terkenal Indonesia, Daus Mini nampaknya masih gagal selepas isterinya, Shelvie Hana Wijaya memfailkan penceraian.

Shelvie difahamkan sudah bersabar selama 4 tahun bersama dan akhirnya tidak dapat bertahan lagi kerana daus didakwa berlaku curang.

Image 113

Pelawak terkenal: Isteri dakwa Daus sombong dan ego sepanjang bersama…

Menurut Shelvie, Daus telah berlaku curang terhadap dirinya sejak tahun lalu, namun baru kini perkara tersebut dibongkarkan.

IKLAN

Tambahannya lagi, dia sudah lama bersabar dengan perangai suaminya yang dianggap sangat sombong serta ego yang tinggi. Malah, Daus turut dikatakan tidak menghormati ibu bapa mentuanya.

Image 111

Sebelum ini, Daus pernah bernikah sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2011 dan 2018. Pada tahun 2011, pelawak ini telah menikahi wanita bernama Yuna Lestari dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, namun perkahwinan itu berakhir pada tahun 2014.

4 tahun selepas itu, Daus mengahwini wanita lain Rahadini Destia tetapi siapa sangka perkahwinan tersebut hanya bertahan selama sebulan saja. Pada tahun 2019, Daus bernikah pula dengan Shelvie.

Kredit: Tribun news

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas