Connect with us

Oh! Media

Pernah Disaman Sebut ‘Rogol’ Masa MLM2012, Shahrol Shiro Gesa SKMM Saman Artis & Produksi

isu rogol

Oh! Artis

Pernah Disaman Sebut ‘Rogol’ Masa MLM2012, Shahrol Shiro Gesa SKMM Saman Artis & Produksi

Nampaknya pelawak Shahrol Shiro turut tampil memberikan pandangan tentang isu rogol yang sedang hangat ketika ini. Shahrol dalam satu kenyataan menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengeluarkan saman ke atas artis dan produksi program bual bicara Rumah No 107.

ADVERTISEMENT

BACA: Raja Farah Dan Suami Respon Video Tular Mengenai ‘Scene’ Rogol

Saman ini dilihat sangat tepat kerana ada penggunaan perkataan ‘rogol’ dalam program TV. Untuk pengetahuan, Shahrol sebelum ini turut pernah disaman ketika program Maharaja Lawak Mega 2012 kerana menyebut perkataan ‘rogol’.

Kesalahan tidak sensitiviti terletak pada individu yang melafazkan dan mengupas isu itu dengan lebih mendalam sehingga membuatkan orang tersinggung.

Kesalahan produksi pada sensitiviti isu dan teknikal yang dilakukan sehingga terkeluar dan dipertontonkan kepada umum hingga menjadi isu. Oleh kerana kumpulan saya pernah disaman SKMM kerana cuma menyebut perkataan ‘rogol’ pada MLM2012, makanya SKMM juga perlu mengambil tindakan pada artis atau produksi berkenaan. Saya tidak menyebelahi pihak yang melakukan kesalahan.

Ini bukan main-main suka hati nak layan nafsu!

Shahrol dalam pada itu turut mengecam tindakan pelakon yang melakukan tugas mereka sambil melayan nafsu. Dia berpendapat tugas sebagai seorang pelakon adalah untuk menjayakan babak itu dengan selamat, efektif dan beretika.

Kerjaya saya tidak benarkan kelakuan sebegini. Kalau itu niat sebenarnya mohon jauhkan dari kerja seni.

Semoga apa yang belaku ini menjadi pengajaran kepada semua.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas