Connect with us

Oh! Media

“Perketatkan Lagi SOP” – Datuk Fazley Rayu Agar Kerajaan Benarkan Makan Di Restoran

Oh! Artis

“Perketatkan Lagi SOP” – Datuk Fazley Rayu Agar Kerajaan Benarkan Makan Di Restoran

Penyanyi dan chef selebriti Malaysia, Datuk Fazley Yaakob merayu agar kerajaan membenarkan pelanggan untuk makan dalam restoran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) di Kuala Lumpur yang bermula semalam serta enam lagi daerah di Selangor yang diumumkan pada 6 Mei 2021.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Harian Metro, Fazley mengharapkan kerajaan mempertimbangkan cadangannya oleh kerana akan ramai pengusaha restoran akan terkesan dengan pelaksanaan baharu ini selain turut mencadangkan supaya  prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat dijalankan bagi cadangan ini.

Saya terpanggil untuk berkongsi terutamanya kepada pihak berwajib, kalau boleh memberi peluang kepada pengusaha restoran untuk membenarkan pelanggan-pelanggan kami ‘dine in’.

Mungkin satu meja untuk dua orang dan diperhalusi dengan SOP ketat. Perlu daftar MySejahtera, menggunakan cecair sanitasi tangan, pelitup muka hanya dibuka ketika makan dan selepas makan, mereka perlu keluar dari restoran.

Penyanyi lagu Chocolate Cake itu mengakui memang wujud akan khidmat penghantaran makanan tetapi bukan mudah semua orang menggunakan perkhidmatan itu sepanjang masa selama tempoh PKP.

Datuk Fazley mengakui akan ramai pengusaha restoren akan terkesan dengan pelaksanaan PKP

Bukan mudah kerana apabila balik kerja, nak tempah makanan sebab penghantar makanan pun tidak ramai. Mereka juga terkejar-kejar. Jika dibuka peluang untuk membenarkan pelanggan makan di restoran, ia membantu banyak pihak.

Fazley juga berharap agar kerajaan mempertimbangkan cadangannya itu selain mengakui ia merupakan saranan kepada pihak berwajib bagi membantu pengusaha restoran.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas