Connect with us

Oh! Media

“Perkahwinan Itu Sah Jika..” – Pendakwah Jelaskan Isu Tarikh Nikah Uqasha Senrose

Ohmedia uqasha Kamal

Oh! Artis

“Perkahwinan Itu Sah Jika..” – Pendakwah Jelaskan Isu Tarikh Nikah Uqasha Senrose

Ustaz Wan Halim jelaskan isu sah perkahwinan termasuk lima rukun nikah. Isu salah dokumentasi tak sepatutnya berlaku.

Kecoh di media sosial semalam pelakon Uqasha Senrose mempersoalkan status perkahwinannya kerana tarikh yang tertulis di sijil nikah berbeza dengan tarikh sebenar.

BACA: Adakah Sah Perkahwinan Ni?” – Uqasha Senrose Dedah Diri Dinikahkan Tanpa Pengetahuan Pada Tarikh Lain

Menjawab kepada isu itu, Ustaz Wan Halim melalui temubual bersama Era berkata, perkahwinan itu dianggap sah jika memenuhi lima rukun utama iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, dua orang saksi lelaki beragama Islam, serta ijab dan qabul.

IKLAN

“Perkahwinan sah jika cukup lima rukun nikah”

Uqasha

Selain itu, pengantin perlu melihat dari segi pentadbiran undang-undang yang berkuat kuasa dengan mendapat kebenaran daripada Jabatan Agama Islam Negeri. Jika dapat kebenaran nikah, maka nikahnya sah saja.

Beliau turut menasihati agar pasangan pengantin membuat semakan semula terhadap dokumen pernikahan termasuk sijil perkahwinan untuk memastikan tiada kekeliruan.

Ustaz Wan Halim juga menyeru supaya pihak bertanggungjawab lebih peka terhadap butiran dalam sijil perkahwinan.

Kalau boleh, kita kena lihat dulu sijil tersebut dari sudut tarikh yang tercatat pada sijil, dan kita perlu buat ‘cross-check’. Jabatan Agama berkaitan perlu membetulkan tarikh pendaftaran dan merujuk pada saksi-saksi yang hadir dalam majlis pernikahan.

Beliau menegaskan bahawa isu seperti ini sepatutnya tidak berlaku kerana biasanya penolong pendaftar nikah akan melengkapkan semua butiran selepas akad nikah dijalankan.

Perkara ini sebenarnya tidak akan berlaku kerana penolong pendaftar nikah cerai rujuk atau TPNCR akan menulis tempat dan masa perkahwinan itu selepas angkat nikah dijalankan. Sekiranya ada perubahan tarikh pada awal permohonan  dan butiran pemohon, dia ada satu lagi borang kosong yang kita isi hanya selepas daripada angkat nikah baru kita isi.

Jika ada perubahan tarikh pada awal permohonan termasuk butiran pemohon, penolong pendaftar nikah cerai rujuk perlu mengisi borang kosong selepas daripada akad nikah dibuat.

Dalam masa sama, Ustaz Wan Halim menekankan kepentingan mendapatkan kesahihan daripada pelbagai pihak sebelum membuat sebarang andaian.

Pssttt! Dalam isu melibatkan pasangan selebriti, penting untuk semua pihak bertenang dan biarkan jabatan agama membuat semakan agar tiada fitnah berpanjangan.

Kredit: Astro Gempak
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas