Connect with us

Oh! Media

Penyanyi Terkenal Buat Laporan Polis Selepas Gambar Isteri Tak Bertudung Dan Berpurdah Tersebar

Virgoun

Oh! Artis

Penyanyi Terkenal Buat Laporan Polis Selepas Gambar Isteri Tak Bertudung Dan Berpurdah Tersebar

Siapa sahaja tidak kenal dengan penyanyi lagu ‘Surat Cinta Untuk Starla’ iaitu Virgoun. Baru-baru ini, telah viral satu isu bahawa foto isterinya tidak berhijab telah disebarkan oleh kekasih pembantu rumahnya.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, Inara dan suaminya telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Jakarta Barat setelah mendapat kecaman dan penghinaan hasil daripada penyebaran gambar tersebut. Akibatnya, pembantu rumahnya juga dipecat serta merta oleh pasangan suami isteri tersebut.

Virgoun dan isterinya telah membuat satu kenyataan di media sosial bagi mengucapkan terima kasih kepada pihak polis Metro Jakarta Barat atas bantuan program Restorative Justice. Ini bermakna mereka tidak lagi perlu membawa kes tersebut ke peringkat Mahkamah kerana ia telah selesai.

Tiada niat menzalimi pelaku

Inara juga menyatakan bahawa laporan polis tersebut bukanlah untuk menzalimi pelaku, sebaliknya ia dibuat untuk memberi pengajaran agar perkara tersebut tidak berulang.

Biarlah Allah yang jadi sebaik-baiknya pembalas, amin. Di sini kami bukan niat menzalimi seseorang, justeru ia harus dilakukan untuk menegakkan keadilan dan memberi pengajaran pada sesiapa pun untuk menjaga moral, etika dan tata tertib dan untuk bijak menggunakan media sosial. – Kata Inara Rusli.

Kami harapkan agar perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan memberi iktibar kepada semua orang agar tidak menyebarkan aib seseorang di media sosial.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas