Connect with us

Oh! Media

Penyanyi Korea Dipanggil Polis Buat Persembahan ‘Terkangkang’ Depan Pelajar Universiti

hwasa mamamoo

Oh! Artis

Penyanyi Korea Dipanggil Polis Buat Persembahan ‘Terkangkang’ Depan Pelajar Universiti

Apa benda buat persembahan sampai terkangkang dengan aksi lucah depan pelajar universiti ni? Nasib baik tak berlaku dekat Malaysia! Kejadian ni berlaku dekat Universiti Sungkyunkwan, Korea Selatan selepas anggota kumpulan Mamamoo iaitu Hwasa buat persembahan lucah pada Mei lalu.

ADVERTISEMENT

Aksi Hwasa itu kemudian mendatangkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ibu bapa pelajar yang kemudian membuat laporan polis.

Hwasa dikhabarkan telahpun dipanggil pihak polis untuk memberikan penjelasan tentang persembahannya itu.

Kami telah memanggil pengadu dan Hwasa untuk disoal siasat dan kini sedang mengumpul maklumat berkaitan daripada agensi pengurusannya.

Selain itu kami turut menyemak sumber lain untuk mendapat gambaran lebih tepat mengenai kontroversi itu.

Sebelum dipanggil pihak polis, Hwasa turut mengakui telah menerima kecaman hebat dari kalangan netizen dan memberi kesan mendalam dalam hidupnya.

Kredit: mStar

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas