Connect with us

Oh! Media

penyanyi

Oh! Artis

Penyanyi Dedah Ada Datin Tawar Jadi ‘Anak Ikan’, Akan Bagi Segala Keperluan Kalau Setuju Tidur Bersama

Penyanyi Danial Kifli membuat pendedahan mengejutkan apabila mengaku pernah ditawar seorang wanita bergelar Datin untuk menjalinkan hubungan terlarang dengannya.

Malah, individu tersebut sanggup memberikan segala keperluan jika dia bersetuju menjadi ‘anak ikan’.

IKLAN

“Datin ajak saya tidur dengannya…”- Ariff Danial.

Menurut Danial atau nama sebenarnya Muhammad Ariff Danial Kifli yang baru sahaja berusia 22 tahun itu, wanita tersebut menghubunginya dan secara terang-terangan mengajaknya tidur bersama.

Wanita itu mendakwa dia berstatus Datin dan mengajak saya ‘tidur’ dengannya! Kalau saya setuju, dia juga sanggup menaja semua keperluan saya.- Katanya.

Selain itu, penyanyi muda ini turut mendedahkan bahawa dirinya sering menjadi mangsa gangguan seksual apabila menerima mesej berbaur lucah daripada individu tidak dikenali.

Terima banyak kiriman gambar tak senonoh dari lelaki & wanita…

@danialkifli__

Alhamdulillah ‘Jauh’ dah mencecah 100K di youtube !! Yg belum dengar jom stream ‘Jauh’ sekarang on youtube Awalmuzik ❤️ #JauhDanialKifli #MuzikMalaysia #MusikDiTiktok #SoundOfSEA #RisingOnTiktok #awalmuzikofficial

♬ Jauh – Danial Kifli

Lebih mengejutkan, Danial mendakwa ada pihak yang tanpa segan silu menghantar gambar alat sulit mereka kepadanya dalam usaha menarik perhatian.

Terkejut dan rasa takut pun ada sebab tak sangka betul ada orang begitu berani dan tiada perasaan malu menghantar gambar alat sulit mereka. Baik lelaki mahupun perempuan, kedua-duanya ada. Saya sering terfikir sama ada mereka langsung tiada rasa segan?

Bagaimanapun, Danial menegaskan bahawa dia tidak pernah melayani permintaan pelik tersebut kerana lebih takut dengan azab Allah SWT.

Pegang pesanan arwah bapa…

Setiap kali menerima mesej lucah, Danial mengakui dia teringat pesanan arwah bapanya yang menasihatinya untuk menjauhi perkara maksiat.

Saya tak layan mesej-mesej mereka dan terus padam sahaja. Saya bukanlah seorang yang baik tapi saya masih ingat Allah dan pesanan arwah bapa agar menjauhi segala kemungkaran.- Katanya lagi.

Untuk pengetahuan korang, Danial kini giat mempromosikan lagu terbaharunya berjudul Jauh, hasil ciptaannya bersama komposer Sang Ritma. Ini merupakan single keempatnya selepas lagu Permata Istimewa, Pergilah Cinta, dan Musnah.

#OhmediaNasihat

Gangguan seksual di media sosial semakin berleluasa, dan penting untuk kita melaporkan sebarang kelakuan tidak senonoh kepada pihak berkuasa. Sentiasa jaga batas dan jangan mudah terpedaya dengan tawaran yang boleh merosakkan maruah serta masa depan.

penyanyi

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: mStar


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas