Connect with us

Oh! Media

Penghuni Terganggu, Penerbit ‘Hometown Cha-Cha-Cha’ Mohon Peminat Jangan Datang

Article 1 7 10

Oh! Artis

Penghuni Terganggu, Penerbit ‘Hometown Cha-Cha-Cha’ Mohon Peminat Jangan Datang

Sekarang ini semua orang sedang berbunga-bunga melihat drama terbaru di Netflix, Hometown Cha-Cha-Cha. Kim Seon Ho dan Shin Min Ah mendapat perhatian penonton kerana lakonan mereka membuatkan penonton ternanti-nanti akan episod seterusnya.

BACA: Visual & Lakonan Yang Mantap. Lovers Of The Red Sky Tawan Peminat K-Drama

Selain barisan pelakon yang mendapat perhatian, rumah yang diduduki oleh Hyejin, Doo Shik dan Cho Hee untuk penggambaran juga mendapat perhatian penonton sampai ada yang menyerbu pergi rumah tersebut.

IKLAN

Membimbangkan pihak produksi

Article 1 7 10 1

Pihak produksi bimbang kerana populariti drama Hometown Cha-Cha-Cha menjadi kesan kepada penduduk asal lokasi pengambaran. Ini kerana, ramai peminat yang hadir ke lokasi pengambaran dan sedikit sebanyak memberi gangguan kepada penduduk yang menyewa rumah tersebut.

Hallo, ini tim produksi Hometown Cha-Cha-Cha. Kami berterima kasih kepada peminat yang menonton drama ini dan kami ingin membuat satu permintaan berkaitan kunjungan ke lokasi shooting.

Menurut Mstar, pihak produksi memaklumkan bahawa lokasi rumah penggambaran yang menjadi perhatian itu telah diduduki semula oleh pemilik rumah tersebut.

Mohon pergi ke lokasi lain

Pihak produksi memberitahu bahawa pemilik rumah tersebut sudah cukup baik membenarkan mereka membuat penggambaran di situ. Jadi, pihak produksi tidak mahu mereka terganggu dengan kehadiran peminat ke rumah mereka.

Pihak produksi meminta peminat untuk pergi ke lokasi awam yang lain untuk kenangan gambar dan tidak memasuki rumah-rumah di dalam drama tersebut.

Nampaknya peminat begitu teruja dengan drama ini sampai sanggup ke lokasi penggambaran. Nasib baik kita dekat Malaysia ni tak boleh ke Korea, kalau tak, mesti lagi penuh la rumah tu!

Kredit: Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas