Connect with us

Oh! Media

Visual & Lakonan Yang Mantap. Lovers Of The Red Sky Tawan Peminat K-Drama

Branded

Visual & Lakonan Yang Mantap. Lovers Of The Red Sky Tawan Peminat K-Drama

Drama dan kisah percintaan paling dinanti tahun ini akhirnya menemui penonton. Bagi peminat kdrama anda pasti menantikan siri Viu Original ini kan?

Manakan tidak, drama Lovers of The Red Sky ini menampilkan Ahn Hyo Seop dan Kim Yoo Jung sebagai teraju utama. 

Malah, jalan ceritanya yang berkisar tentang takdir kebaikan dan kejahatan berjaya membuatkan penonton terpaut di depan kaca televisyen, sampai trendinglah setiap kali ditayangkan.

Takdir Ha Ram bersama Chun Gi

Bagi anda yang masih belum menyaksikan drama ini, ia mengisahkan Ha Ram (Ahn Hyo Seop) seorang ahli astrologi (pembaca bintang) dan Hong Chun Gi (Kim Yoo Jung) seorang gadis yang memiliki bakat luar biasa dalam lukisan.

Chun Gi telah dilahirkan dalam keadaan buta selepas terkena sumpahan daripada Ma Wang (Dewa Kematian). Takdirnya tersimpul bersama Ha Ram selepas satu peristiwa yang tidak diingini berlaku berlaku ketika mereka masih kecil.

Nasib hidup Chun Gi berubah selepas peristiwa itu, apabila dia dapat melihat semula dengan ‘pinjaman’ mata Ha Ram dan sebaliknya, jejaka itu menjadi buta.

Selepas 20 tahun berlalu, keduanya bertemu kembali. Chun Gi telah jatuh cinta dengan Ha Ram dan bertekad untuk memenangi hatinya. Namun lelaki itu mula menjauhkan diri kerana merasakan ada sesuatu yang jahat dalam dirinya akan menyakiti gadis itu.

Lebih sulit, kisah cinta mereka turut terhalang kerana plot jahat istana yang melibatkan Putera Yangmyeong (Gong Myung) seorang yang bersemangat bebas dan tipu muslihat Putera JuhYang (Kwak Si Yang) yang mengimpikan untuk menjadi seorang raja.

Apakah kesudahannya? Adakah bahagia menanti mereka? Haaa.. Yang itu korang kena saksikan sendiri!

Lovers of The Red Sky eksklusif di Viu

Bagi peminat drama saeguk (istilah sejarah Korea), siri terbaru Viu Original ini merupakan drama yang anda tak boleh lepaskan. 

Bukan hanya menampilkan barisan pelakon yang hebat dan berpengalaman. Kesan CGI yang digunakan dan plot drama yang disusun kemas, tidak rasa janggal kepada penonton. 

Ditayangkan secara eksklusif di Viu, pelanggan setia aplikasi ini boleh menonton drama Lovers of The Red Sky ini setiap hari Isnin dan Selasa jam 10.30PM.

Masih belum langgan Viu? Anda boleh terus klik di SINI.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media. Menyampaikan artikel pemasaran dalam bentuk santai dan infomatif.

Lagi dalam kategori Branded

30 Hari Paling Trending

To Top