Connect with us

Oh! Media

Penghormatan Terakhir Buat Pelakon Dan Pelawak ‘Spanar Jaya’, R Ramasundran

R Ramasundran

Oh! Artis

Penghormatan Terakhir Buat Pelakon Dan Pelawak ‘Spanar Jaya’, R Ramasundran

Penghormatan terakhir buat pelakon dan pelawak R Ramasundran, 57, sebelum dibawa ke Amman Setapak Temple, Setapak tengah hari ini.

Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah dalam satu kenyataan berkata, keluarga mendiang memberi peluang kepada rakan-rakan penggiat seni dan peminat untuk memberikan penghormatan terakhir.

“Jam 2 petang, mayatnya akan dibawa ke Tanah Perkuburan Cheras, Jalan Kuari untuk disempurnakan. Kami berharap mereka yang hadir memberikan penghormatan agar mematuhi SOP (prosedur operasi standard),” katanya.

Ramasundran atau nama sebenar beliau Ramassuntran Rengan meninggal dunia awal pagi semalam di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

IKLAN

Mendiang yang juga bergelar Kapt (B) Angaktan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dimasukkan ke hospital HKL kira-kira jam 12 tengah malam kerana kakinya bengkak.

Doktor yang merawat Mendiang juga mengesahkan Ramasundran yang juga Naib Presiden Persatuan Teater Malaysia itu mempunyai sejarah penyakit masalah jantung.

Mendiang mula menempah nama di industri tempatan apabila berlakon dalam rancangan sitkom popular ‘Spanar Jaya’.

Antara filem yang pernah dibintangi beliau ialah Kerja Kahwin, Sini Ada Hantu, Aku Kaya The Movie dan Cinta 200 Ela.

Beliau meninggalkan seorang balu, Kamala Cheriakannan dan tiga orang anak.

Kredit : HarianMetro

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas