Connect with us

Oh! Media

Pengarah, Nizam Zakaria Bidas Dakwaan Netizen Menganggap Sharifah Rose ‘Kayu’

Oh! Artis

Pengarah, Nizam Zakaria Bidas Dakwaan Netizen Menganggap Sharifah Rose ‘Kayu’

‘Instafamous’ popular, Sharifah Rose menjadi tumpuan apabila menjadi heroin dalam drama slot Lestary di TV3, Kekasih Hati Mr Bodyguard.

ADVERTISEMENT

Gadis berusia 23 tahun itu menjadi perhatian apabila netizen mempersoalkan kemampuannya dalam bidang lakonan.

Kebanyakkan netizen menggelar pelakon ini dengan pelakon ‘kayu’ atau ‘pokok’ dan mempersoal kewajaran pihak penerbit dan penyiar stesen televisyen memilih personaliti media sosial sebagai pelakon drama, berdasarkan pengaruh individu terbabit yang besar dalam media sosial seperti di Instagram.

Ini membuatkan ramai orang mengaitkan bahawa penerbit dan penyiar stesen televisyen tidak mengambil peduli tentang mutu lakonan dan hanya ingin mengejar rating.

Selaku pengarah drama Kekasih Hati Mr Bodyguard, Nizam Zakaria berpendapat bahawa Sharifah Rose mampu berlakon meskipun masih ‘hijau’ dalam dunia seni.

“Untuk bakat baharu dan ‘hijau’ seperti Sharifah Rose, dia berada pada tahap okay. Pasti jika terus diasah dan mencuri ruang belajar, dia boleh berlakon mengikut tahap dimahukan penonton,” katanya.

Nizam berkata, gelaran artis ‘kayu’ hanyalah persepsi penonton.

“Kalau pengarah, penerbit dan stesen TV fikir seseorang pelakon tidak ‘kayu’, maka tidak ‘kayulah’ dia. Sedangkan hakikatnya, kamilah yang kena menghadap pelakon itu setiap hari sampai dia tidak lagi digelar ‘kayu’.

“Kebiasaannya, orang yang mengatakan pelakon ‘kayu’ itu adalah mereka yang tidak tahu menilai lakonan… Perkara ini sangat subjektif,” katanya.

Nizam berkata, sebagai pengarah, dia memiliki keupayaan menilai kemampuan bakat baharu seperti Sharifah Rose.

“Saya memiliki keupayaan mengagak apakah seseorang itu boleh pergi jauh dalam dunia lakonan atau sebaliknya. Jadi, percayalah dengan keupayaan saya itu,” katanya.

Tambah Nizam, kemampuan penonton menilai bakat lakonan adalah berbeza.

“Perkara ini berbalik kepada cita rasa. Ada orang suka menu Melayu dan ada yang suka masakan Barat. Begitu juga dalam soal lakonan. Adakalanya lakonan bersahaja sudah memadai untuk menzahirkan emosi.

“Namun, ada pula pihak yang menganggap lakonan keterlaluan atau ‘over the top’ itulah yang dikatakan bagus. Pada akhirnya, kita sukar memuaskan hati orang,” katanya.

Sementara itu, Sharifah Rose yang digandingkan dengan Redza Rosli dalam drama berkenaan tidak mengambil hati dengan kritikan penonton termasuk gelaran pelakon ‘kayu’.

“Saya fikir kecaman dan teguran itu perlu. Daripada situ, saya melihat semula kesilapan dan apa yang perlu ditambah baik serta diperbaiki dalam lakonan. “Tiada manusia yang sempurna.

“Andai diberi kepercayaan dan peluang, saya tidak serik berlakon lagi. Ini hanyalah permulaan karier lakonan saya,” katanya.

Bagi Sharifah Rose pula segala kecaman dan kritikan oleh netizen itu adalah untuk perkembangannya dalam dunia seni yang baru sahaja bermula.

Kredit : BeritaHarian

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas