Oh! Artis

Pengarah Dan Penerbit Filem Mentega Terbang Mengaku Tidak Bersalah

Published on

Rabu semalam (17 Januari 2024), pengarah dan penerbit filem kontroversi ‘Mentega Terbang’ telahpun didakwa di Mahkamah Majistret.

Ini selepas kerajaan Malaysia telah mengharamkan filem berkenaan mengesahkan konflik keagamaan yang dihadapi seorang remaja wanita beragama Islam. Remaja ini kemudian mempelajari agama lain untuk mencari persoalan yang timbul dalam hidupnya selepas mati.

Mengaku tidak bersalah…

Pengarah, Mohd Khairianwar Jailani dan penerbit, Tan Meng Kheng bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dakwaan melukakan perasaan penganut agama lain.

Sebelum ini juga, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati filem itu jelas melanggar akidah dan bertentangan dengan cara hidup umat Islam yang berpegang dengan Mazhab Syafie.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version