Connect with us

Oh! Media

Pendakwa Raya Thailand Fail Rayuan Untuk Eda Ezrin Dipenjara Lebih Lama

eda ezrin

Oh! Artis

Pendakwa Raya Thailand Fail Rayuan Untuk Eda Ezrin Dipenjara Lebih Lama

Nampaknya kisah penyanyi dikir barat, Eda Ezrin masih belum tamat. Pendakwa raya Thailand semalam memfailkan rayuan untuk melanjutkan tempoh tahanan ke atas Eda dan lima rakyat Malaysia yang lain selama sebulan lagi.

Menurut jurucakap Mahkamah Narathiwat, rayuan itu dikemukakan pada petang semalam dan kini sedang menunggu keputusan daripada hakim. Keputusan dijangka dibuat seawal minggu hadapan.

IKLAN

Jika mahkamah meluluskan lanjutan itu, penyanyi Malaysia dan lima individu lain akan terus ditahan di penjara selama sebulan lagi.- Katanya.

Langkah ini bertujuan memberi ruang kepada pihak penyiasat mengumpul bukti lanjut berkaitan pemilikan 6,059 pil yaba yang menjadi punca utama mereka ditahan pada awalnya.

Eda Ezrin sudah bebas tapi dipenjara kesalahan lain…

eda ezrin

Untuk rekod, pada 6 Mac lalu, Mahkamah Wilayah Narathiwat telah membebaskan Eda Ezrin dan lima yang lain daripada tuduhan memiliki pil yaba selepas perbicaraan selama 30 minit di hadapan dua panel hakim.

Bagaimanapun, bagi tuduhan mengambil dadah, mereka dikenakan hukuman penjara enam bulan dan denda 4,000 baht (sekitar RM526).

Namun begitu, mereka tidak perlu menjalani hukuman tersebut kerana telah ditahan lebih empat bulan di Penjara Narathiwat sebelum keputusan diumumkan.

Mahkamah juga membenarkan pendakwa raya memfailkan rayuan dalam tempoh sebulan dan tempoh itu berakhir pada 6 April.

Kini, segalanya bergantung kepada keputusan hakim sama ada permohonan lanjutan tahanan itu diluluskan atau tidak. Jika ya, keenam-enam rakyat Malaysia termasuk Eda dan suaminya perlu terus mendekam di penjara selama sebulan lagi.

Pssttt! Setiap negara ada undang-undangnya. Bila melangkah ke negara luar, kita bukan saja bawa nama sendiri, tapi juga maruah negara. Apa pun, semoga kebenaran terus berpihak kepada mereka yang tidak bersalah, dan kita doakan urusan Eda serta keluarga dipermudahkan.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas