Oh! Artis
Penantian INSPIRIT Kini Berakhir, Kim Sung Kyu Akan Mengadakan [LV3: Let’s Vacay] Asia Tour di Kuala Lumpur
INSPIRIT! Sebelum ni, kita dah dapat [LV1: Light & Voice] dan [LV2: Like Your Vibes] yang diadakan tahun lalu. Ha, tahun ni takkan takde?
Jangan risau, CONFIRM ada punya! Ketua kumpulan K-pop INFINITE, Kim Sung Kyu akhirnya telah membuat pengumuman bahawa beliau bakal mengadakan konsert solo Jelajah Asia untuk dua malam berturut-turut di Kuala Lumpur yang merupakan perhentian pertamanya.
[LV3: Let’s Vacay] Asia Tour di Kuala Lumpur ini, akan berlangsung pada Sabtu, 10 Ogos, 8 malam dan Ahad, 11 Ogos, 4 petang di Zepp Kuala Lumpur.
Sung Kyu, INFINITE Kembali Beraksi Dengan Kerjaya Solonya
Bermula dengan album mini pertama secara berkumpulan yang dikenali sebagai “First Invasion” dan merangkumi single utama “Come Back Again”, Kim Sung Kyu telah mencipta kerjaya solonya dalam pelbagai bidang termasuk muzik, filem, muzikal dan pengacaraan.
Setelah bergiat secara solo, Sung Kyu telah mengeluarkan album pertamanya “Another Me” dan kini beliau telah mengeluarkan album mini ketiganya iaitu “Inside Me”.
Dapatkan Tiket [LV3: Let’s Vacay] Asia Tour Yang akan Diadakan Tidak Lama Lagi
Untuk menikmati persembahan dari jejaka idaman ramai ni, jangan lupa dapatkan tiket [LV3: Let’s Vacay] Asia Tour yang akan dijual pada harga seperti berikut,
- VIP – RM788
(Faedah Peminat: Foto Kad (1 Set 2 Versi), Poster Rasmi, Soundcheck, Foto Berkumpulan (setiap sesi 20 Orang. 120 peminat akan dipilih secara rawak), Poster tanda tangan untuk 40 peminat yang dipilih secara rawak dan 8 peminat yang dipilih secara rawak bakal menerima Polaroid bertandatangan.)
- VIP BOX – RM728
(Faedah Peminat: Foto Kad (1 Set 2 Versi), Poster Rasmi, Soundcheck, Foto Berkumpulan untuk 20 peminat akan dipilih secara rawak, Poster tanda tangan untuk 10 peminat yang dipilih secara rawak dan 2 peminat yang dipilih secara rawak bakal menerima Polaroid bertandatangan.)
- CAT 1 – RM688
(Faedah Peminat: Foto Kad (1 Set 2 Versi), Poster Rasmi, Foto Berkumpulan (setiap sesi 20 orang. 40 peminat akan dipilih secara rawak) dan Poster tanda tangan untuk 30 peminat yang dipilih secara rawak.)
- CAT 2 – RM588
(Faedah Peminat: Foto Kad (1 Set 2 Versi), Poster Rasmi, Foto Berkumpulan untuk 20 peminat akan dipilih secara rawak dan Poster tanda tangan untuk 20 peminat yang dipilih secara rawak.)
Korang boleh mula dapatkan tiket ini pada 17 Julai, 12 tengah hari di SINI.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM