Seperti kebanyakan anak selebriti yang lain, anak kepada pasangan Neelofa dan Haris Ismail iaitu Muhammad Bilal turut menjadi perhatian peminat.
Meskipun wajahnya masih belum didedahkan, ramai yang geram melihat susuk tubuh Bilal yang sangat montel dan gebu!
BACA: “Ya Allah RM14k Duit Raya Dia” – Netizen Teruja Tengok Angpau Raya Anak Neelofa
Terbaru, viral pula perkongsian video pengguna TikTok seorangnur yang memaparkan bayi itu sedang tidur di dalam tempat tidurnya.
Tempat tidur Bilal ‘harga keras’
Rakaman pendek itu sekaligus mencuri tumpuan apabila ada yang mendakwa harganya ‘agak keras’. Hasil siasatan peminat, ada yang mendakwa Snoo Smart Sleeper Baby Bassinet itu mencecah RM16,000.
Di ruangan balas perkongsian itu, pelbagai reaksi yang ditinggalkan peminat. Ada yang siasat di Shopee tempat tidur itu dijual dengan harga RM16,899.
“Harga hampir RM20,000”
Fuh, sampai ke situ dorang siasat ya. Apa-apa pun semoga Muhammad Bilal membesar menjadi anak yang soleh buat kedua ibu bapanya.
Kredit: TikTok seorangnur
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.