Connect with us

Oh! Media

Peminat Bunga Citra Lestari Sekali Lagi Tak Puas Hati Dengan Kapsyen Ditulisnya

Bunga citra lestari ohmedia

Oh! Artis

Peminat Bunga Citra Lestari Sekali Lagi Tak Puas Hati Dengan Kapsyen Ditulisnya

Bermula dengan ucapan tahniah tapi kini peminat sudah mula mengecam apa sahaja yang dilakukan Bunga Citra Lestari selepas mengahwini Tiko Aryawardhama.

BACA: Bunga Citra Lestari Dan Suami Didakwa Mabuk Dalam Kelab Malam

Semuanya bermula selepas tersebar video menunjukkan BCL dan suami barunya itu berpesta di dalam kelab malam selepas majlis perkahwinan mereka dan didakwa meminum minuman keras ketika itu.

IKLAN

Sekarang, BCL sekali lagi membuatkan peminatnya rasa tak puas hati selepas berkongsi gambar mesra bersama suami. Gambar tu tak salah tapi peminatnya rasa sakit hati dengan kapsyen yang ditulis BCL.

“I found my smile again.” – Tulis BCL.

Nampak ringkas tulisan tu, namun perkongsian istimewa BCL tidak dapat diterima sesetengah netizen di media sosial apabila ada yang membandingkan Tiko dengan arwah suaminya, pelakon Ashraf Sinclair.

Kata netizen, cinta terhadap arwah Asyraf tidak terlalu mendalam buat Bunga dan Noah juga boleh membuatkan dia tersenyum.

Namun begitu, ada juga yang mempertahankan Bunga dan menyifatkan wanita itu berhak mencari kebahagiaannya yang tersendiri setelah kehilangan suami.

Image 58

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas