Oh! Artis

Pemenang AJL Ke-36 Sekumpulan Orang Gila, SOG Umum Berpecah Sejak Jun 2023

Published on

Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-36 dengan lagu Pelukan Angkasa nyanyian Sekumpulan Orang Gila (SOG) mengejutkan ramai peminat mereka apabila empat orang ahli kumpulan mereka umumkan keluar SOG sejak 26 Jun 2023.

BACA: Sekumpulan Orang Gila X Shila Amzah Juara AJL36

Perkara itu diumumkan mereka di Instagram di mana pada tarikh 17 Jun 2023 adalah tarikh terakhir mereka lakukan persembahan bersama kumpulan.

Ini bermakna, ahli kumpulan mereka seperti Riko Agus, Qayyum Rahim, Amsyar Saiful dan MK Ridzuan tidak akan lagi bersama SOG. Jika dilihat dari perkongsian itu, mereka berempat dimaklumkan oleh pihak pengurusan yang mereka bukan lagi sebahagian dari SOG.

SOG sudah berada dalam industri muzik tanah air sejak 10 tahun lalu dan kini mereka memutuskan untuk berpecah.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Exit mobile version