Pasangan duo ini sekaligus telah mengalahkan pasangan sepupu Haqiem Rusli dan Ariff Bahran serta pasangan adik-beradik Adira dan Emma Suhaimi.
Fuh! Bukan kaleng-kaleng, pelawak boleh mengalahkan penyanyi popular tu! Netizen pun nampaknya berpuas hati dengan kemenangan ini disebabkan Syaiful dan Sharif memang konsisten setiap minggu.
Tuah menyebelahi mereka apabila berjaya memikat hati juri pada persembahan terakhir sekaligus membawa pulang wang tunai RM100,000. Tahniah!
Malam tadi, Syaiful dan Sharif mendapat markah ‘Perfect 10’ dua kali melalui lagu Kong Kali Kong dalam segmen pertama serta medley lagu Lemak Manis, Umpan Jinak Di Air dan Joget Angan Tak Sudah.